Followers

Sunday, January 31, 2010

Coretan Sunday

Hari minggu datang lagi. Byk bende yg aku suke on weekend. En hubby cuti, bole tido blik pas solat subuh, pas tuh bleh rest puas2 klu tak kuar g jalan. huh...sumenye indah pada weekend. klu lar setiap ari adalah weekejodoh nd... tp klu dh tetiap ari weekend, wat a special day on weekend, ye tak?

Ari nih g wedding adik diana (opis mate). Adik lelaki dia melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya sendiri, Nurliza berasal dari Segamat. Okey ar tuh.. adik die tuh keje kat balai polis segamat, klau tak salah aku lar... sbb tuh lar terjumpe ngan jodoh dari sana... erm...jodoh die... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat Razi dan Liza. Blik dr wedding, hubby aku ajak g berjalan bawak my lit twins. tp kami buntu. tak tau nk bwk g mane. klu bleh tmpt yg beh, little money. pk punye pk, igt punye igt, aku pun ajak en hubby g pantai remis, jeram, k selangor. okey ar..port neh dulu tmpt kenangan aku ngan lolie. My BFF. dulu mase frust konon, ceh cam drama lepak kat tepi pantai smbil layan pasaan. sedey lar konon... hua..hua... tp ape yg lebey penting, dkt sini gak lar kenangan aku ngan bebudak bukit kuching pun ada gak. tingat blik kat jelan, aun, bojan, culik, jenggut, atul, durian, amir aka budak kecik dan beberapa org g lar. dh tak bape hengat name dorang. teman-teman sampingan. selalu hang out ngan dorang. sonok. dorang neh sume happy g lucky. tak jemu kawan ngan dorang. hari2 ada gelanggang raja lawak. tp sejak aku dan lolie kawin, kami betol2 lost ctc ngan dorang. tp kali terakhir dapat berita, sumenye dh kawin.. bagus ar... aku penah sekali terjumpe ngan bojan mase aku pregnant 7 bulan. mase tuh dia masih duk kt kuang g. rumah bekas binik die,. sian die... setelah dia tak sihat akibat kemalangan, wife die tinggalkan die. semoga dia akan bertemu dengan seseorang yg lebey baik dari bekas wife die. pas tuh 2 tahun lepas, ada gak penah jmpe ngan jenggut kat econsave. mase tuh die baru jek kawin. bagus ar... sume dh selamat. amir aka budak kecik pun aku dengar dh selamat dapat bb. yg masih mengekalkan status bujang, may be jelan dan aun. aku rase lar... apapun korang sume salah satu dari kenangan aku....

Kat pantai ape jek belh buat selain main layang2. angin kuat kt sini. my lit twins hepy sgt sbb layang2 dorang terbang tinggi...sgt.. gelak2 dorang kegembiraan. tp satu jerk yg aku tensi. mase2 happening cam neh, terlupe bwk camera. hp pun dh abis batt. tak leh snap pic. sayang lar..

otw blik umah, ujan turun dengan lebatnya. syahdu betol, ujan di ptg ahad smbil layan lagu kenangan... perghhhh...telebey jiwang plak ari neh.. hwa..hwa..

Saturday, January 30, 2010

KENANGAN SEMALAM

"Sayang tak faham kenapa abang perlu bersikap begini? Sedangkan abang mengaku sudah tidak menyimpan apa-apa perasaan padanya. Tidak sepatutnya abang terus memendam perasaan sehingga mengabaikan perasaan sayang",luah Syasya dalam sendunya. Amir terus membisukan diri. Pandangan terus difokuskan ke kaca televisyen. Walaupun fikirannya telah jauh terbang nun ke Selatan Thailand seteru dengan berita yang sedang menyiarkan berita tentang pergolakan yang berlaku di sana. Memang di akui sejak akhir2 ini dia seoalah-olah sudah kehilangan suara. Barangkali juga sudah terlupa bagaimana untuk berbicara. Masanya banyak dihabiskan dengan bermenung. Bukan dia sengaja mahu menyakiti hati isterinya yang telah di nikahi hampir 7 tahun. Namun kehadiran bekas tunangnya sebagai jiran baru mereka benar-benar menganggu emosinya. Suatu waktu dahulu dia telah menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk seorang gadis kacukan cina bernama Irene Mashitah. Hubungan mereka sehingga ke peringkat tidak mampu lagi dipisahkan. Walaupun Mashitah bukanlah gadis pujaan di kolej, namun cintanya pada gadis itu melebihi segalanya. Mashitah hanya seorang gadis biasa, bermata sepet, putih dan sentiasa berpenampilan ringkas. Namun, ketulusan hati gadis itu telah menawan bukan sahaja hatinya malah seluruh ahli keluarganya. Mashitah seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja walhal orang itu baru pertama kali berjumpa. Hubungan yang bermula pada hari pertama pendaftaran mereka sebagai pelajar kolej, kemudian masih utuh bersama biarpun masing-masing telah menjawat jawatan penting di dalam firma masing-masing. Setelah hampir 6 tahun menyulam cinta bersama, akhirnya mereka bersepakat untuk meneruskannya dengan ikatan pertunangan kemudian diakhirkan dengan ikatan suci suami isteri.

Majlis pertunangan yang diatur berjalan lancar dan meriah walau cuma dihadiri oleh sanak saudara terdekat sahaja. Mereka semakin bahagia bersama. Namun entah dimana kesilapannya, hubungan yang telah lama bertahan akhirnya goyah juga. 3 bulan usia pertunangan mereka, Mashitah mendesak untuk di percepatkan tarikh perkahwinan mereka. Alasannya adalah permintaan kedua orang tuanya. Alasan itu langsung tidak munasabah di pundak fikiran Amir kerana mengikut perjanjian mereka sewaktu majlis pertunangan dahulu, kedua-dua keluarga telah bersepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas tempoh setahun pertunangan mereka. Walaupun dia sememangnya telah bersedia untuk menerima Mashitah sebagai isterinya, namun dia masih belum cukup bersedia dari segi kewangan. Masakan dia mahu meminta dari kedua orang tuanya sedangkan dia yang mahu berkahwin. Lagipun telah bermacam perancangan di atur sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan. Dia tidak mahu menjadi suami dalam keadaan kelam kabut. Dan sudah pasti keluarganya jugak tidak bersetuju jika majlis pernikahan dilakukan dalam keadaan terdesak. Seolah-olah sesuatu telah berlaku antara mereka. Sedangkan dia yakin semua itu adalah mustahil kerana sepanjang hubungan mereka, belum pernah sekalipun teman itu di nodainya. Hampir setiap hari Mashitah mendesak supaya di percepatkan majlis perkahwinan mereka. Sehingga satu tahap, dia hilang pertimbangan lantas mengucapkan suatu kata yang barangkali menghiris hati tunangannya.
"Kalau Ita rasa nak cepat sangat kahwin, Ita pergi lah cari orang lain. Bukan niat Am untuk membenci Ita, tapi Am masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Lagipun kan kita dah bincang tentang perancangan kita sebelum berkahwin. Mustahil sekejapan Ita dah lupa pada perbincangan kita dahulu? Kenapa sekarang, tiba-tiba Ita mendesak Am?",ujarnya sedikit tertekan. Mashitah hanya membisu. Lama keadaan bisu itu berlangsung, sehingga Mashitah akhirnya mencabut cincin pertunangan mereka lalu di serahkan ke dalam genggaman Amir. Amir yang terkejut dengan tindakan drastik Mashitah enggan menerima cincin pertunangan mereka. Namun Mashitah lebih pantas dengan memasukkan cincin itu ke dalam poket seluarnya. Kemudian gadis itu terus berlalu meninggalkannya dengan menaiki teksi yang kebetulan lalu di kawasan perjumpaan mereka. Dia ditinggalkan termangu sendirian.

Seminggu selepas insiden tersebut, dia cuba mencari Mashitah. Namun dia gagal. Gadis itu telah berhenti kerja dan berpindah rumah. Bila dia ke rumah orang tua Mashitah untuk meminta penjelasan, ibu bapa Mashitah menasihatinya supaya melupakan anak mereka.

"Anggaplah tiada jodoh antara kamu berdua",. Itulah luahan ibubapa Mashitah. Dia benar-benar keliru. Mengapa dia perlu menghadapi situasi itu.

Berbulan lamanya dia mengambil masa untuk memulihkan dirinya. Sehinggalah dia bertemu dengan Syasya yang baru sebulan berkerja di syarikat yang sama dengannya. 3 bulan perkenalan mereka, dia memberanikan diri untuk melamar Syasya. Gadis berkulit sawo matang itu menarik perhatiannya kerana dia seorang yang sangat penyayang dan memahami. Dia sedar hubungan mereka masih terlalu baru. Namun, hanya dengan cara itu dia dapat mengubati keluakaannya. Persetujuan yang diberikan oleh Syasya untuk menerima lamarannya, benar-benar memberikan satu sinar baru dalam hidupnya. Setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya mereka di satukan. Syasya telah bunting pelamin. 10 bulan usia perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Dia benar-benar bahagia dengan kurniaan Tuhan padanya. Walaupun hatinya telah di robek dan dihancurkan sehinggakan tiada ruang untuknya pulih, namun pertemuan dengan Syasya telah mengubah seluruh jalan ceritanya. Dia bahagia memiliki Syasya sebagai isteri. Wanita itu cukup memahaminya malah sering memberi perangsang untuknya terus berjaya di dalam hidupnya. Wanita itu sentiasa menyokong setiap perancangannya. Walaupun perjalanan hidup mereka setelah berkahwin banyak liku-liku, namun Syasya tetap teguh menyokong dirinya. Sehingga hari ini seusia anak mereka 6 tahun, Amir telah bangkit dari kisah dukanya. Kini dia mampu berbangga dengan pencapaiannya sendiri. Perniagaan yang dimulakan dengan modal permulaan yang terlalu minima telah membuahkan hasil yang agak memberansangkan. Dia bersyukur dengan kurniaan dan rezeki Tuhan pada mereka sekeluarga.

Namun kebahagiaan mereka seakan tergugat dengan kehadiran jiran baru mereka. Pada permulaannya, segalanya berjalan seperti biasa sehingga suatu hari dia terserempak dengan isteri jiran barunya. Irene Mashitah! Kenapa wanita itu perlu hadir di saat dia sedang menyulam bahagia bersama keluarga barunya. Memang mereka masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri, namun kehadiran wanita itu sedikit sebanyak telah juga menganggu emosinya. Dan sejak itu, dia semakin dingin pada keluarganya. Entah mengapa masanya banyak di habiskan dengan bermenung. Sesekali terserempak dengan Mashitah, hatinya seolah-olah kembali berbunga. Walaupun dia tahu, situasi mereka kini berbeza. Namun cintanya terhadap wanita itu seolah-olah tidak pernah pudar. Apatah lagi pada pandangannya mata Mashitah juga seolah-olah menunjukkan sinar yang sama. Dia lupa pada keluarganya. Dia lupa pada isteri yang telah berkorban seluruh hidup padanya. Mengapa dia terlalu tegar memikirkan wanita lain sedang dia bersama isterinya? Wajah Mashitah sering bergentayangan di ruang mata. Hidupnya benar-benar dibayangi Mashitah.

Seminggu berlalu, dia merasakan dirinya semakin sarat merindui Mashitah. Angaunya semakin menjadi-jadi. Bukan dia sengaja untuk menyakiti hati isterinya. Namun dia tidak berdaya membuang jauh wajah perempuan yang pernah menghancurkan hidupnya. Hubungannya dengan Syasya semakin dingin. Mereka jarang sekali berbual mesra seperti selalu. Namun begitu, isterinya masih taat menjaga kepentingannya. Setiap pagi masih ada lagi sarapan di atas meja. Begitu juga makan malam. Biarpun adakalanya dia tidak langsung menjamah masakan isterinya kerana terlalu taksub melayan lamunannya, isterinya tidak langsung memboikotnya. Malah masih setia memberi layanan yang terbaik buatnya. Setiap pagi dia akan tergesa-gesa keluar agar sentiasa terserempak dengan Mashitah. Adakalanya sehingga tidak sempat menjamah sarapan yang di sediakan oleh Syasya. Biarpun antaranya dengan Mashitah tidak pernah bertegur sapa, namun baginya sekadar bertukar senyuman pun sudah memadai buatnya.

Suatu hari sewaktu pulang dari pejabat, dia mendapati isterinya tiada di rumah. Mungkin isterinya sedang keluar membeli barangan keperluan dapur. Dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Sewaktu turun ke ruang tamu, dia sempat mengerling jam di dinding. Tepat jam 6.30 petang. Dia mulai gelisah. Kelibat isterinya masih tidak kelihatan. Dia mula meninjau keluar halaman rumahnya. Kebetulan dia melihat kereta yang di pandu Mashitah memasuki perkarangan rumah. Dia bergegas keluar ke halaman rumah agar terserempak dengan Mashitah. Dia berpura-pura menyiram pokok bunga agar tidak dapat di kesan niat sebenarnya. Mashitah yang sedar kehadiran Amir, terus sahaja mengambil peluang itu untuk berbual dengan bekas tunangnya.

"Hi..siram pokok ke?",ujar Mashitah memulakan bicara.
"Erm..baru balik kerja ke?",balas Amir. Kemudia kedua-dua mereka tertawa. Masakan tidak, masing-masing bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya, kerana tanpa bertanya pun, pasti sudah di ketahui jawapannya.
Kemudian mereka terus berbual bertukar-tukar cerita. Sehingga azan Maghrib berkumandang, bayang Syasya masih tidak kelihatan. Kerana terlalu asyik berbual dengan Mashitah, sehingga dia terlupa tentang anak dan isterinya. Apabila menyedari waktu Maghrib sudah hampir melabuhkan tirainya, Mashitah meminta izin untuk menunaikan solat. Sebelum itu, mereka telah berjanji untuk keluar makan tengahari esok.
Amir terus menunaikan solat Maghrib kerana di khuatiri dia akan terlepas waktu. Selesai menunaikan solat, dia mencapai telefon bimbitnya. Niatnya untuk menghubungi Syasya terbantut apabila mendapati ada 10 panggilan tidak berjawab. Apabila di teliti nombor di skrin, dia tidak dapat mengecam nombor pemanggil. Memikirkan panggilan itu sudah pasti penting, dia membalas panggilan tersebut. Setelah beberapa deringan, dia mendengar suara garau seseorang menyambut panggilannya. Amir memperkenalkan diri dan bertanya atas urusan apa dia di cari oleh si pemanggil tersebut. Bagaikan mahu luluh jantungnya tatkala mendapat perkhabaran bahawa isteri dan anaknya telah terlibat kemalangan pada petang tadi. Mungkin sewaktu dia sedang seronok berbual mesra dengan bekas tunangnya, sedang isterinya pula sedang sengsara menanggung kesakitan.
Setelah mendapat pengesahan tentang hospital tempat isteri dan anaknya di rawat, dia terus memandu ke hospital tersebut. Sampai sahaja di wad kecemasan, dia terus ke kaunter pertanyaan. Apabila mendapati isteri dan anaknya memang sah di rawat di sini, Amir terus mencari doktor dan pegawai bertugas untuk bertanyakan tentang keadaan anak dan isterinya. Sekali lagi dia terjelepok. Keadaan anaknya tidak stabil dan masih dalam keadaan koma manakala isterinya telah dijemput Illahi. Dia meraung. Hari ini airmata lelakinya tumpah juga. Terbayang segala kenangan manis mereka bersama. Terbayang juga di saat-saat akhir kehidupan isterinya, dia alpa untuk memberi kasih sayang yang sewajarnya. Dia taksub dengan kisah silamnya. Dia telah mengabaikan perasaan Syasya selama ini. Mengapa dia terlalu kejam hanya kerana seorang wanita yang telah berjaya merobek lumat hatinya, sehingga tegar mengabaikan isteri yang sanggup berkorban untuknya? Perasaan kesalnya bertubi-tubi singgah di htinya. Kali ini dugaan yang diterimanya lebih hebat daripada dia di tinggalkan bekas tunangannya. Malah dugaan kali ini lebih di kesali kerana sikapnya terhadap isterinya dihari-hari terakhir isterinya.
Selesai urusan pengebumian, dia kembali kerumah mereka. Sanak saudara masih ramai di rumah. Dia terus menuju ke bilik peraduan mereka untuk bertukar baju. Dia perlu ke hospital untuk menjaga anaknya yang kini telah stabil dan di masukkan ke wad biada. Sejak semalam dia tidak mampu melelapkan mata. Terbayang segala kenangan mereka sejak hari pertama mereka menghuni rumah itu. Airmatanya tumpah lagi. Sungguh hebat dugaan kali ini sehingga sudah berkali-kali dia menumpahkan air mata lelakinya. Selesai menukar baju, dia menuju ke meja kerjanya. Dia perlu mengambil kertas kerja yang tidak sempat di semak, untuk di berikan kepada pembantunya. Mungkin dia terpaksa meminta jasa baik pembantunya untuk menggantikan tempatnya sebagai pembentangl. Dalam keadaannya kini, dia tidak mampu untuk membuat pembetangan dengan baik. Dia yakin itu. Apabila beg kerja di angkat, dia baru menyedari ada seupucuk surat di bawah beg tersebut. Surat itu di tujukan buatnya. Dia yakin ditulis oleh isterinya berdasarkan tulisan tangan tersebut. Terketar-ketar dia mengeluarkan isi surat itu dari sampulnya.
Assalammualaikum abang,
Pertama sekali sayang ingin memohon ampun dan maaf dari abang kerana keluar rumah tanpa izin abang. Sayang tahu sayang berdosa, tapi sayang harap abang redhakanlah pemergian sayang. Sayang ingin mencari ketenangan sendiri. Sejak akhir-akhir ini sayang rasa keadaan abang semakin teruk. Sehinggakan sayang di depan mata pun, abang boleh termenung memikirkan orang lain. Sayang punya hati dan perasaan. Sayang terasa dengan sikap abang. Namun sayang tidak mahu menunjukkannya dihadapan abang. Sayang berlagak seperti tiada apa yang berlaku, sedang di dalam hati ini hanya Allah s.w.t yang tahu betapa perit dan seksa yang sayang tanggung.
Abang,
Selama ini kurangkan kasih dan cinta sayang terhadap abang? Sehingga abang tegar memikirkan perempuan lain selain sayang? Perempuan yang telah menghancur lumatkan hati abang sentiasa bermain di fikiran abang, sedang sayang abang anggap tidak pernah wujud. Di manakan kedudukan sayang, abang? Sayang ingin menjadi yang pertama dan sentiasa menjadi juara di hatimu. Tapi kini, sayang dapat rasakan sayang bukanlah yang pertama di hati abang.
Abang,
Pemergian sayang ini mungkin lama. Mungkin juga kita tidak lagi bersama. Seandainya itu terjadi, janganlah abang menyimpan dendam dihati kepada sayang. Sayang cintakan abang sepenuh jiwa dan raga. Sejujurnya, semenjak sayang sudi menerima lamaran abang, sayang telah serahkan seluruh hati dan perasan untuk abang. Tiada lagi sesiapa selain abang yang berhak ke atas sayang.
Abang,
Akhir sekali, sayang ingin meminta ampun dan maaf di atas semua kesalahan sayang sejak hari pertama abang menikahi sayang. Sayang harap abang halalkan makan dan minum sayang selama ini. Sayang dapat merasakan kita mungkin tidak lagi berpeluang bertemu. Sayang akan serahkan penjagaan anak kepada emak sayang untuk sementara waktu. Itu adalah lebih baik. Abang boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerja abang. Sayang akan pergi jauh meninggalkan abang di sini. Sayang harap abang redhakan sayang. Bukan sayang pergi kerana ada orang lain, tapi sayang terpaksa. Sayang terseksa, abang. Cinta dan kasih sayang hanya untuk abang.
Salam akhir,
Sayang
Dia terpana. Airmatanya berderai lagi. Pemergian Syasya seolah di rancang. Dia tahu sejak dilahirkan, ajal kita telah ditentukan. Tapi Syasya seperti tahu yang dia akan meninggalkan dunia ini. Kesalnya datang bertimpa-timpa. Masa tidak mampu di putar kembali. Syasya telah pergi jauh meninggalkannya. Ya, dia harus meredhakan isterinya. Semoga kau tenang di sana, sayang. Abang redhakan pemergianmu walaupun abang tahu dan sedar terlalu pahit hakikat yang abang harus tempuhi ini. Namun, kerana kasih dan sayang abang padamu, abang meredhai mu. Abang juga ingin meminta ampun dan maaf kerana mengabaikan dirimu selama ini. Ampuni abang, sayang.... Rintihnya dalam sendu. Dia dibayangi kekesalan yang menggunung. Biarlah dia menebus segala kesalahan dengan menyerahkan seluruh kasih sayangnya buat satu-satunya harta peninggalan isterinya. Dia telah menutup hatinya buat wanita lain agar kasih sayangnya terhadap Ayu Mardiha tidak berbelah bahagi. Daddy akan jadi ayah terbaik buatmu, puteriku. Dia bergegas ke hospital, kerana dia tahu ada seseorang yang masih menantinya di sana.

Friday, January 29, 2010

GELAK GELI D'PAGI JUMAAT

Pagi tadik dengar radio rasmi aku HOTfm.. hari neh topik pasal cerita lawak yg dialami. tiba2 aku gelak sendiri. sbb tingat citer lawak yg berlaku pada aku 2 tahun lepas. jeng..jeng...

cerita bermula, aku n en hubby bwk twins g playground. baru setengah jam main, tetiba ujan turun renyai2 manje gitu. en hubby ajak blah. sbb takut ujan akan smakin lebat. mase tuh my little twins baru 2 tahun. tp dorang neh, wpun dh 2 tahun, dia tak bape pandai bercakap g. sbb dorang dpt kaki dulu. so, lmbt bercakap. nk dijadikan citer, dorang kan tengah syok main, tetibe ajak balik, pasti ada adegan amuk mengamuk. yg si adik okey lar. bile suh masuk kete, die terus masuk. si kakak buat pangai. tak nak balik. sudahnye, aku terpaksa dukung n anta masuk keter. sbb die tak nk lepaskan dukungan, aku terpaksa masuk skali kat bhgn bakang keter untuk letak die. dh berjaya melepaskan pautan die, aku pun kuar dari keter, tutup pintu keter sbb aku nk duk kat depan. tapi...apabila pintu keter tertutup sahaja, tetibe en hubby terus pandu keter meninggalkan aku terkulat2. aku plak, bg telah dimagnet kaki, terpaksa duk diam2 kat situ smbil mengenangkan nasib diri. bygkan hangbag, hp sumer kat dalam keter. dan aku tengok jerk keter yg dipandu en hubby sambil anak aku memandang aku ngan sayu dari cermin belakang. aku plak dengan pasaan yg malu bercampur segan, pandang kiri kanan. aku tengok ada 2,3 org mamat pandang aku sambil sengih2. aku pun senyum kambing lar. tengah aku terpk2 pe yg patut aku wat, tetiba aku nmpk kete en hubby. mase nmpk jek keter tuh, aku dh x mampu kawal gelak aku. masuk jek dlm kter, pecah perut aku ngn en hubby ketawa. dari playground, smpi ke rumah, x abis2 gelak kiteroang. bygkan, die cume sedar ketiadaan aku, masa die tanya aku...nk g mane pas neh? nk blik ker, nk makan dulu? bile dia rase tak dek jawapan, die pun pndg blkg. die tengok bebudak tuh pandang die smbil terkebil2. bile die tny mama mane, terus anak pandang bakang. baru lar die sedar yg aku dh tertinggal.... smpi cam tuh skali lar. punyeler en hubby aku tak alert langsung yg binik die neh dh tertinggal.

itu lar sejarah paling lawak dlm idup aku. satu kg, satu opis, sume bile aku citer insiden neh, masing2 gelak smpi pecah perut. nak di kato eden neh kocik smpi tak teraso bwk den, menipu namonyo. en hubby ckp mati2 dia ingt bile pintu keter tutup, die ingat aku terus nk duk bakang. ye ar dgn anak mengamuk2, tentu aku nk tenangkan dorang. so die pun tak pk panjang, terus blah.... sejak tuh, klu aku nk letak anak kt bakang, aku akan sound kat die. jgn jalan terus. peksa dulu, aku ada ke tak....

dan sejak insiden itu gak, setiap kali aku g open house umah member2 yg tau citer, dorang mesti akan smpkan pesanan penaja. "baik ko nek cepat, sat g kene tinggal lagi"... hampeh + siot jerk member2 aku neh...


Thursday, January 28, 2010

RINDU....

Lately neh terasa rindu sgt. rindu pd sorang teman yg dh lama menyepi. hanya kerana sepotong kata2 yg mgkin menghiris hati... si die lari menyembunyi diri. Ewah.. bermadah puitis pulak... hua...hua...

tpi mmg hati aku tengah rindu sgt kat die. mmg lar kami bukan selalu jmpe. tp bole dikatakan selalu berhubung. ym lar, pesbuk lar, sms lar... tp sejak satu hari dalam sejarah tuh, tetibe die betol2 ilang. penah skali anta msg kt inbox pesbuk die. die ada lar jwb. die kate die sehat, tp sedang bermuhasabah diri. erm..mgkin terasa dgn kata2 aku kut.

cerita bermula dgn kisah pengenalan hdup aku dlu ek. aku ada 4 org bff mase bujang dulu. aku, L, P, and S. (sengaja menyembunyikan nama sebenar, sbb dorang tk nak enterprem). kemana pegi pun, mesti 4 org neh. smpikan g dating ngan boipren memasing pn bwk ler. tukang sibuk...hua..hua.. tp kebanyakan mase kami bersama. jarang sgt ngan boipren. smpi satu mase, lepas aku dilamar hubby aku, hubungan kami menjadi semakin kurang akrab. tp still contact each other. smpi lar sume antara kami berkahwin. lepas kawin, si P terus menyepikan diri. memula tuh sedey gak, sbb kami tak tahu langsung cite terbaru si P. tp lelama kmi dah leh time, yg P dh bukan cam dulu g. ilang satu Bff aku. tapi hubungan aku, L & S berjalan spt biase. kekadang kami conf YM. mase conf mesti cite pasal imbas mengimbas kenangan lama. kenangan indah mase bebujang dulu. kenangan bercuti kesana sini. pergh... rase cam nk putar mse ke tahun itu. wpun memasing dh kawin, kekadang kami spent time each other. hubby memasing pun dh paham pangai kami, dn dorang pun relakan. sbb kami dh mmg cam neh. nasib bek lar hubby memasing bleh dibawak berbincang. kekadang kami soping raya bersama. heppy nye mase tuh. tpi antara kami bertiga, aku ngan L mmg pling rapat lar. sbb kami slalu jmpe. g pun kami byk persamaan. ngan S neh, jarang jmpe sbb die keje jauh sket.

satu ari, dlm bulan 11 bebaru neh... si L & S bergaduh. bukan gaduh besar pun. salah paham sket jerk. tp dua2 tengah moody mase tuh, jadiknye agak besar gak lar perang depa tuh. lepas dorang berdua gaduh, si L tepon ngadu ngan aku. aku pun cume dgr dn nasihat. mmg sikap S jenis cakap lepas. aku pun byk kali gak terasa ati ngan die. tp sbb kawan2, mls nk pot sgt. lepas jek L ngadu ngan aku, dan aku rase S pun mmg tak patut ckp cam tuh kat die. tak lama pas tuh, S plak tepon aku ngadu bende yg sama. aku pun slow talk ngan S. aku ckp die x ptut kuar statement menghiris hati cam tuh. mmg aku tahu niat die tuh nk bergurau. but it's wrong time. pas tuh aku terus lar nasihat kat die. aku ckp die mmg jenis yg ckp lepas. kekadang menyinggung ati org lain. tp aku tak niat pun nk kutuk atau perlekehkan die. aku cume nasihat supaya die lebey berhati2 dan alert dgn pasaan org len. sebaliknye yg berlaku, die ingt aku menyebelahi L dan pakat nk boikot die. sejak tuh, dia terus sepi. change phone no. ym pun tak on9. pesbuk pun jrg nmpak dia ada. mgkin mase die on9, aku tak on9. aku rase sedey. sbb kiteorang sepatutnye tak jadik cam neh.

silap aku ker? aku tak suke bergaduh...lagi2 ngan kengkawan. sbb kengkawan yg aku kenal, sume baik. sume jenis bukan bersama time senang jerk. dorang sanggup menangis ngan aku. aku ingt jasa dorang sume. tak kira lar kawan baru kenal, kawan dah lama kenal. sbb tuh aku syg sume kengkawan aku. tp kenapa kawan aku mesti sepikan diri cam neh? klu die terbaca, aku hrp die hubungi aku, dan kembalilar menjernihkan ape yg dh keruh. I LUV ALL MY FRIENDS, no matter who u are... pada kengkawan baru yg aku kenal, salam perkenalan aku hulurkan kat korang.

wassalam...

Sunday, January 24, 2010

sedey...

tadik siang baru tingat baju skolah bebudak tinggal kat umah hanny. aku pun alar kelam kabut gak, terus gerak g umah hanny sbb nk amik baju skolah. smpi kt umah dye, aku nengok die pakai baju kurung. aku hengat dia nk g kenduri. rupanya die baru lek dari melawat org meninggal. jiran die. arwh wak menah. yg sedey dari cite hanny, wpun arwah ada 9 org anak, tp tak dek sorang pun sudi nk jg die. tinggallah arwah tuh sorang2. nasib bek jiran2 sekeliling masih mengamalkan sikap jiran prihatin bukan bz body ek. so, neighbours tuh lar yg bergilir2 menjaga arwah. hanny pun termasuk dalam golongan neighbour tuh jugak. sian kan? dalam zaman skang neh, berapa ramai anak yg kita lahir dan didik pun, belum tentu ada sorang pun yg mampu menjaga kite. byk sgt dah aku tengok kes2 cam neh. pelik kan? mcm mn ada org yg sanggup berperasaan cam tuh? mintak2 lar aku di jauhkan dari sikap tidak terpuji itu. amin. aku mmg cukup sensitip klu bab mengabaikan parents neh. aku mmg sedey. aku bole menitik airmata klu dengar kes2 cam ne. sbb aku rasa dorang neh sume dh ilang pasaan perikemanusiaan. smoga dorang sume akan menerima petunjuk dan hidayah Allah s.a.w. pulak tuh hanny ckp, bile org tua tuh dh meninggal, pandai plak dorang sume menangis2 kat kubur. meratap hiba. nape lar masa hayat org tua tuh, di abaikan. sian dia. sisa2 tua di harungi sorang diri. anak2 sume bagus2. cucu2 pun dh besar2. tapi di hujung hayatnya masih membuat kuih jualan untuk mencari sesuap nasi untuk diri sendiri... Ya Allah...kenapalah tegar nya hati anak2 buat kat ibu dorang cam tuh? apalah salah dn dosa orang tua itu sehingga begitu skali balasan yg diterima daripada anak2nya? walau apapun salah dan dosa, mereka adalah org yg bertanggungjawab menjadikan diri kita seperti hari ini. tanpa mereka..siapalah kita hari ini?

aku mengaku, masa muda belia dulu, aku pun sering bertegang urat ngan parents. ye ar...jiwa muda. semua benda nk cuba. bile kene tegur mula lar tarik muka. meninggi suara menegakkan benang yg basah. tp bile dh semakin dewasa, malah sudah dikurniakan dengan 2 org cahayamata plak, aku rase kesal dgn pe yg dh aku wat kat dorang dulu. sbb bile aku jaga anak sendiri, tengok dorang membesar, belai dorang dgn penh kasih syg smpi nyamuk gigit pun, rase cam nk bunuh sume nyamuk yg ada kat dunia neh. aku baru sedar, cam neh lar sygnye mak dan arwah abah pd aku. sejak itu, aku berjanji pd diri aku, aku tak kan menyakitkan hati kedua org tuaku. tp aku rasa sedey gak, sbb aku x dpt berbakti sepenuhnya pd arwah abah. namun, aku bersyukur kerana aku smpt berbakti kepadanya sepanjang dia sakit sehingga kehujung nyawanya. aku hrap dia akan memaafkan segala dosa yg penah aku lakukan selama neh pada die. skrg aku akan cube berbakti sepenuhnya pada mak. biar apapun yg terjadi, aku tidak akan sekali2 meninggalkan mak. mmg aku tidak serumah dengannya, tapi aku berjanji selagi hayatnya ada, aku tak kan pindah jauh daripadanya. biarlah aku duduk berhampiran dengannya. dah lar adik beradik yg lain jauh darinya, biarlah aku beralah. nasib bek gak lar hubby aku pun jenis tak kisah...

pada anak2 yg masih ada parents, amiklar peluang neh untuk mencurahkan seluruh kasih syg dn bakti kepada mereka. sbb bile mereka ataupun kita sendiri sudah terpejam mata, kita tak kan punye lg peluang ini. sayangilah ibubapa korang selagi korang mampu untuk menyayanginya.... mak... saya syg mak... al fatihah untuk arwah abah, jahari b ismail... amin...


Saturday, January 23, 2010

coretan pagi...

ari neh, pepagi sekumandangnya azan subuh aku tersedar. wpun sedang bercuti, tapi mata tak leh nk lelap dah. mimpi buruk sket... ha..ha.. dah tua2 pun b3rmimpi g kan? aku pun cuci muka, gosok gg, terus on laptop. sign in pesbuk. tengok member2 update. ye ar selalunye on9 mlm. tp coz mlm tadik tido awal sbb tolong sepupu pasang tikar getah kat umah sewa baru die... tu out of service awal. ingat nk watch elektra. tak kesampaian sbb elektra watch aku... bile tengok tak dek member2 update pebenda yg menarik, terus sign in blog. lama gak tak update. lately neh tak dek idea nk tulis lar... g pun tak dak cite menarik yg ingin ku kongsikan...

tapi dipagi syahdu neh, tingat plak masa baru2 kenalan ngan mr hub. klaka pun ada. ye ar tak sangka gak, rupanya udah jadik en suami. maunye tak, memula tuh cume main tegur2 jerk. lama gak main tegur2 borak2. pas tuh tak sangka dia up satu level. ajak g lunch. aku tengah free. on jek lar. pas tuh up g satu level. ajak hi tea gitu.. heheh... hi tea kedai mamak jerk...ha..ha.. yg paling tak leh tima ajak dinner. cam dlm drama plak. tp still tak declare pape. tp aku tau dia suke kat aku, cume malu nk ngaku. aku pun pe kurangnye. tp x kan aku plak nk mulakan, kan? lepas dinner tuh, makin len mcm plak aku tengok die. bile aku g solat atau terpaksa kuar ke bahagian kilang (aku kan prod coor, so klu g kilang tuh lama sbb nk update dorang punye daily performance, and check availability goods). biasanya amik masa sejam gak lar, tu siap borak kosong ngan bebudak kilang. budak vietnam pun jadik ajak borak. nk wat cam ne, aku ne dh level down sket jek dari mama murai... balik jek dri inspection, mesti ada roti ke, kuih ker, air ker, mee hoon ker, tuk minum petang. bile aku tny member2 opis, memasing sengih2 jerk. dorang mmg gosipkan aku ngan mr hub masa tuh. aku pun pe lagi.. berbunga2 pasaan. ha..ha.. minah bunga gak aku neh.

merdeka tahun 2003, aku plan ngan member2 nk g pangkor. kebetulan seminggu sebelum kiteorang nk g pangkor tuh, pak su aku meninggal. aku mmg rapat sgt ngan die. sedey ar masa tuh. tp sbb plan dh lama, booking chalet pun dh byr, aku terpaksa gak teruskan niat nk bercuti ke pangkor. mlm sbelum berangkat ke pangkor, aku g dinner ngan mr hub. masa tuh memacam pesanan penaja tuk aku. jangan main mata, jgn pandang orang len, jgn ngurat orang, pot..pet..bla..blo... aku gelak jerk. sbb klaka kan, ye ar aku ngan dia lum declare pape pun. tp dia punye pesanan penaja.. mak oi.. cam senarai barang kenduri... lepas dinner, dia anta aku balik umah. masa tuh member2 aku sume dh smpi umah aku. sbb nek kete aku, so dorang sume kene ar tido kt umah aku... malas aku pepagi buta nk menjelajah ke rumah dorang. sbelum turun kete, dia tarik tangan aku dn terus luahkan ayat keramat tuh. dia nk aku bg jwpn lepas aku blik dr pangkor. mase tuh, shock gak lar. cam tak caya jerk. aku suke die, tp aku takut. sbb masa tuh baru sgt putus ngan satu mamat x leh pakai. x smp 5 bulan pun putus ngan mamat tuh. dh ada pengganti.

mase kat pangkor, asik ingt jek luahan hati die tuh. aku diskus ngan member2. cam ne? pe yg patut aku wat. sbb aku baru sgt keciwa. aku tkut keciwa lg. gpun aku baru jek 2 bulan kenal dia mase tuh. kengkawan mmg membantu. dorang kata ada positif n negatif. pro n kontra. g pun dorang masih ingt ikrar aku pas putus ngan mamat tak leh pakai tuh. lepas neh, kalau aku jmpe orang, aku x nk cinta lelama, terus kawin. so, dorang ckp may b tis is mr right aku. blik dr pangkor, mr hub terus ajak kuar. amboi...tk sabar tuh nk tau keputusan. tp punye lar berat mulut aku nk bukak keputusan aku. smpi lar dia anta aku blik, aku x ckp pape pun. aku maluuuuuu.... pas jek dia turunkan aku, dia terus blah. tak tunggu2. mgkin keciwa sbb aku x ckp pape. mesti dia ingt aku reject die. ha..ha.. pas tuh aku terus anta sms kat dia. dlm sms tuh baru ar aku citekan perasaan aku.. tp die plak x jwb. aku plak keciwa. ke...sebenarnya dia sajek nk main2kan pasaan aku....? rase nk nangis pun ada. mlm tuh tido tak lena. ye ar... aku dh meluahkan pasaan. tp dia x jwb. sedey wei...

sok pg, aku kuar keje cam besa lar. kul 7 pg dh kuar umh. masa kuar jek dari umah, aku tekejut tengok kete dia dh park blkg kete aku. die plak tersengih2. terus kuar kete, bukak pintu sbelah pasengger tuk aku. so, maknanya dia tak nak aku bwk kete sendiri lar tuh. aku pun terus masuk. tp masih wat muka slumber jerk. dlm kete baru ar dia bukak cite. sbenarnya kedit tepon abis. dh kuar, tapi kedai top up sume tutup. nk g public, dia malas plak. sbb bising katanye. tak syok nk meluah perasaan. baru lar aku tau, nape dia x jwb sms aku smlm. sbb tuh jugak, x sabar nk jmpe kat kilang, dia terus datang umah pepagi lagi. sbb takut aku g dulu. melepas plak..ha..ha... sejak tuh bermula lar arena percintaan kami. masa tuh awal bulan sept. tup..tup bulan feb tahun berukutnya, dia terus ajak bertunang. dan bulan jan tahun berikutnya kami dinikahkan. tapi kami nikah dulu, sbb masa tuh ada pak cik nk g haji. so, dorang tingin tengok aku kawin sebelum dorang naik haji. tp di sebabkan byk benda lum ready sbb kami plan bulan mac. so, arwah abah ckp, tak pe ar... nikah dulu. bulan mac baru kenduri. sbb tu lar kami nikah awal. mak ngan arwah abah pesan, wpun dh nikah jgn duk skali. nnti menjadik. tapi nk wat cam ne. tak mampu di kawal. benda dh halal. curik2 gak lepak kt bilik bujang die. heheh... dn kerana kedegilan itu lar..aku terpaksa bersanding skali ngan my twins. ha..ha.. masa ari kawin tuh, aku baru di sahkan mengandung 5 minggu... mengamok mak aku... tp setelah usia kandungan aku 15 minggu, tetiba turun darah. dan masa tuh jugak lar aku ingat rezeki aku dh tak dek. rupanya bukan itu hakikatnya. sebaliknya masa tuh jugak lah terbongkar yg aku twin pregnancy. Ya Allah, bersyukur aku dengan rahmatMu... dan sehingga ke hari ini, aku bahagia ngan mr hub. wpun sebenarnya kami neh tak sependapat, tapi kami cube time diri kami each other. mmg memula kawin, selalu gak bertengkar. sbb dia x paham aku, aku pun x paham die. tp semakin lama, semakin saling memahami. dn kami terima kekurangan dan kelebihan memasing untuk saling melengkapi...

Terima kasih ya Allah kerana aku dipertemukan dengan lelaki ini... semoga dia akan terus menjadi pelindung dan pembimbing kami sekeluarga...amin...

itulah sejarah cinta kami... aku harap hepy ending neh, akan berkekalan sampai hujung nyawa kami..amin..

Monday, January 18, 2010

AWARD DARI CIK ZURA (ZUE TAHIR)

Thank u ra... aku time ngan ikhlas hati... len kali lau nk bg award, tolong kepilkan not RM50 x 20 kpg. baru ar berbaloi-baloiiiii












LAMA GLERRRRRR

perghhh!! rasanye lame gler tak berbolog... maunye tidak, bz sgt ngan report audit. hari ini baru ler berkesempatan untuk update blog. penat wei... jammed otak... kalau lar audit tetiap bulan rasanya ramai dh yg apply tanjung giler... pulak dpt boss jenis yg messy... lagi lar haru biru... itu tak boleh. ini kene tukar. sini tka balance. yg tuh kene buang. rasa cam nk give up dah. tapi dek mengenangkan bukan senang nk carik kije skang neh, maka ku tabahkan hati... bersabarlah wahai perasaan....

anyway, everything was settled. skang bleh tido ngan aman. tanpa ada igauan tentang nombor2.. cam citer Numb3rs plak...heheh...

dalam hidup yg tengah kucar kacir ngan audit report, smpat gak aku hang out ngan imah n z. layan bowling kat ou. pergh!! lama gler tak main. kalau tak salah, last aku layan bowling masa sebelum kawen. mak oiiii, dh 5 tahun rupanya. sonok sgt. tapi smpi ari ni, tangan masih sengal2.... penangan bola 10kg n 11kg lar neh... masa memula main, aku dh give up sgt. mana tidak, sumenye ke longkang. tapi setelah 6 kali ke longkang, akhirnya aku berjaya mendapat skill semula. keputusannya....jeng...jeng... i m no.3 out of 4. boleh ler... at least imah tetap kalah ngan aku...ha...ha...ha.. jgn marah ek mah... z n hubby dia mmg tak leh kalah lar. sbb dorang rajin layan... kengkawan...nx time kite wat gathering smbil layan bowling. beh tak???

Wednesday, January 13, 2010

Supriseeeeeeeeeeeee.....sangat...

hari isnin yang lalu... aku suprise sgt. ada some one dari currier service ke apa, kol nak anta barang kat aku. so, dia mintak direction how to go to my place. aku pun dengan pelik bin heran, direct gak lar die cam ne nk dtg opis aku. aku tau benda tuh dari imah, sbb imah ada kol aku on last sat, mintak add aku. tp bile aku tanya dia nk anta pe, dia langsung tak jawab. takut pun ada, pelik pun ada. tpi dlm pala otak aku, may be dia nk anta invitation kad ke apa. ye ar kut ler sesaja telebih duit nk currier kat kawan dia yg sebenarnya bleh jmput by ym, sms or wat ever. aku pun tunggu punye tunggu... smpi lar abis waktu keje aku. tak sampai2. pas kul 5.30 dia kol, tny cam ne nk dtg umah plak. pulak dah...dari opis ke rumah. lagi aku pelik. tp aku direct gak lar. kebetulan hari tuh aku pose. sedang enak melayan hidangan bukak pose ngan hubby aku, tetiba mamat tuh kol lg. dia kata dia dh smpi depan umah aku. suprise gak. yg bertambah suprise, mamat tuh pegang bungan sejambak. mak oiiiiii.... biar betol. seumur idup aku tak penah terima suprise bunga cam neh. cam dlm drama plak aku rasa. hubby aku pun tekejut gak. dh dia syak aku ada skandal. tp bile dia baca kad tuh, baru lar dia puas ati. sepanjang couple, tunang, kawin, ini ler 1st time aku terima bunga. SONOK sgt.... rasa teruja betol lar... hubby aku dulu masa tunang2, penah bg bunga, tp bunga ros sekuntum. kalau aku tak salah, dia rembat kat umah acik jiran seblah umah bujang dia dulu. punye ler tak senonoh. tetiap pg, dia bwk sekuntum tuk aku. smpi satu ari tuh, dia tak bwk. aku tanya nape, dia kata acik tuh dh tunggu dkt bunga die, sbb nk tau sape yg slalu rembat bunga die. padan muka... gelak besar lar aku...

anyway, aku nk say thanks sesangat to Z n Imah for bunga neh. im really appreciated it.....dan thanks jugak, sbb korang sudi nk menceriakan aku pada anny aku. kiranya anny aku kali neh, dapat 3 kejutan sekaligus. anny yg aku tak kan lupekan seumur hidup aku... thanks gak pada yg sudi beri ucapan....












Bakat Terpendam...

Cube korang layan gambar2 my twins neh... pas tuh komen sket...

keterangan : sebenarnya, anak aku tuh dh berwajah baru, smpi aku baru tukar hair style die. dan for ur info, aku yg potong sendiri rambut tuh...so,,,wat's ur comment...






























Sunday, January 10, 2010

Setelah 5 tahun...

Semalam petang, lepas mr hub lek keje, dia ajak aku n twins kuar. katanya nk ajak jalan2 n makan2 sempena anny kami. rupanya ada udang di sebalik batu. selain nk ajak kami berjalan2, rupanya dia pun ada janji dengan seorang customer nk amik deposit. patut ar, baik hati sgt, wpun letih lek keje, leh ajak g jalan g. tapi tak pe ar. aku kene paham keje org mcm dia, kan. customer is FIRST. lepas kuar dari umah org tuh, kak long plak kol suh dtg umah mak aku skang. dia kata ada suprise tuk kami. aku dpt agak yg dorang ada wat makan2 sempena anny kami neh. kebetulan kak cik pun balik, kan? so, kami terpaksa lar cancelled tuk celebrate kat luar. tapi sebelum balik umah, aku ajak mr hub singgah d store. phone aku tetiba wat hal plak. aku tak leh dengar sore org. maybe ribbon dia prob kut. so, kami pun singgah. mr hub ckp, dia akan tolong byr kos repair. so, aku serah kan phone kat dia. aku ngan bebudak g jalan2 cuci mata. tengah jalan2 tuh, singgah kedai kasut VERN's. d day b4, aku ada jmpe member mr hub. dia ada bg duit komisyen tuk mr hub. tp bile aku nk bg kt mr hub, dia tak nak. dia kata amik lar tuk belanja aku. alar bukan byk pun, RM50 jerk. tapi okey lar tuh. lau isi minyak kancil aku, lepas 2 minggu aku g keje. heheh... so berbekalkan duit rm50 tuh, tetiba aku terberkenan ngan sepasang kasut neh. maklum ler, kasut jalan aku pun dh lama haus. mmg tingin nk beli. tp memandangkan skang kami kene berjimat cermat simpan wet tuk masuk umah baru, so aku pun simpan niat nk beli kasut. tapi disbbkan aku dpt wet terpijak dr mr hub, so aku pun teruskan balik niat aku. at least aku tak kuar duit simpanan. tp duit terpijak, kan? lepas dh beli kasut, aku catik mr hub. bile jmpe jerk, dia teruskan satu bungkusan kat aku. aku pun tengok isinya, ada kotak hp. pelik gak, tak kan repair hp dapat kotak. aku pun bukak kotak phone tuh, rupanya dia belikan aku phone baru. dia kata rugi plak kalau repair. nnti rosak balik. since dia pun tak bg hadiah for our anny lagi, so anggaplah phone tuh sbg hadiah. mmg suprise. tak sangka dia nk belikan phone tuk aku. mmg lar bukan blackberry atau iphone. tp rasa teruja sgt. sbb setelah 5 tahun, ini lar suprise pertama yg aku terima dr mr hub. dn seingat aku, ini lah 1st time dia belikan phone tuk aku. heheh...aku pun sengih jek lar. sampaikan lupa say thanks kat dia... hehe.. Thanks, abang. terlupa plak nk say thanks, sbb teruja sgt...huhu...

pas tuh kami terus g umah mak aku. smpi umah mak aku dh nk santak waktu maghrib. so, kami pun kelam kabut solat dulu. elok jek pas kami solat, makanan dan kek tuk kami telah terhidang. pergh!!!!! sonok gak. ada gak yg ingt anny kami. tak sangka.... thanks to all my family. setelah 5 tahun, inilar 1st time celeb ngan family. mak masakkan meehoon goreng yg mmg fav aku n twins. wpun tak da hadiah dari dorang, tapi ingatan ini mmg aku hargai sangat2. tak sangka... tahun neh aku terima 2 kejutan sekaligus. inilar anny yg aku rasa paling happy sekali.

disbbkan keterujaan aku tuh, so tak byk pic yg aku snap. ada lar sket... jom layan....



kami punye anny, c kembar lar org paling sibuk nk tolong potong kek.




ini lar kek yg dibeli oleh kak long.. thanks kak long.



ini ler kasut yg aku beli tuh... cantek tak? mr hub ckp, cam org tak cukup jarik jerk. huh...tak tahu menilai pesen betol...



tada...ini lar phone yg mr hub beli. mmg phone biasa jerk. tp still bleh camer, video, 3g, mp3, gprs dsb.... okey lar dari tak dak...








Saturday, January 9, 2010

My 5th Anniversary

Tepat jam 12 tengah malam, aku dikejutkan dengan satu ciuman dari mr hub. rupanya dia nk wish our 5th anniversary. tak sangka plak. sbb selalunya aku akan sedih gler kalau tiba hari anniversary or besday. sbb mr hub akan wish sehari atau dua hari selepas tuh (kes lupa tarikh sebenar lar tuh). rupanya tahun neh dia dh wat persiapan lebih awal. dia dh set anniversary reminder. tut ar dia org paling awal wish kat aku.

ulangtahun ke5? tak dek yg menarik. sama cam tahun2 yg lepas. tak dek kejutan yg lebih istimewa selaiucapan dengan ciuman. ape nk wat...mr hub bukannya sorang yg romantik. dia dh wish pun seribu rahmat lar tuh. sbb dia wish pd hari yg tepat...heheh...

Biasanya kalau anniversary or besday, kami sambut dengan keluar makan jerk. tak kira lar ke tempat yg spesel atau tak. jadik lar... at least ada gak lar sambutannye. masa tahun pertama tuh sedih gak lar. sbb slalu tngok drama... kalau celeb anny, mesti ada hadiah gempak. suprise yg superb. tapi bila dh tahun ke5, dh rasa biasa. sbb dh ditakdirkan dpt suami yg bukan kaki drama. terima lar seadanya.

sempena anny kami neh, aku harap hubungan kami akan berkekalan sehingga keakhir hayat kami. semoga kami sekeluarga terus dilindungi rahmat Illahi.... amin.... pada suamiku, mr Lan, ida harap abang akan terus menyayangi ida selamanya dan jgnlah ada sekelumit pun perasaan benci pada isterimu yg serba kekurangan neh... I luv u so much....

wassalam.


Thursday, January 7, 2010

Create signature...

Klakar kan??? owg len dh terror buat memacam kat blog dorang, aku masih merangkak nk blajar... ha..ha... tk pe lar at least aku dh pandai gak wat sendiri. tak yah nk suh owg len tulun g... heheh..

tengok lar signature yg aku wat tuh... takat tuh jek lar aku bleh buat. nnti aku nk blajar lagi wat benda2 yg ada dlm blog kengkawan aku... tunggu...


Tuesday, January 5, 2010

hari pertama persekolahan...

salam... nk gelak pun ada, nk nangis pun ada, nk marah pun ada. sume rasa dh bercelaru menjadi satu. mana tak nya, aku mintak cuti semalam jerk. rupanya semalam cume hari pendaftaran. lepas dh bayar yuran skolah, cikgu bagi bebudak balik. so, tak smpt lar dorang skolah smlm. tetiba hari neh g skolah, mmg haru biru lar. masa kat umah tengah ready tuh, okey lagi. excited sesangat memasing nk g skolah. smpi jek skolah, bila dengar ada irama sumbang dah berkumandang, aku tengok si kakak dah mula tarik muka. adik rileks lagi. still bleh mengunyah biskut TIGER. pas tuh, lepas dh dptkan tmpt duk tuk dorang, aku pun mula membawa diri keluar kelas. mr hub setia menunggu di tepi tingkap. langkah pertama aku kuar dari kelas dia, aku dengar satu raungan yg amat ler kuat. rupanya hujan turun dah... yg aku felik tuh, si adik rileks jerk. cam tak dak pape yg berlaku. si kakak menangis tak ingat dunia. siap ada dialog lagi. "kakak nk balik! kakak nk kuar! kakak nk ikut mama!"

aku dh jadik semacam. dlm keadaan cam tuh, hati pun rasa berat nk tgl dorang. nak tak nak, aku terpaksa kol opis tuk g taw yg aku terpaksa masuk lmbt. maknanya hari neh, aku pun join skali kelas anak aku. nasib bek bukan aku sorang yg tunggu. ramai gak lar kaum2 ibu blajar skali ngan anak dorang. yg kaum2 bapak pulak buat mesyuarat tingkap dengan menebeng secara beramai2 di tepi tingkap memerhatikan gelagat anak n isteri dorang blajar...

Hu..hu.. itulah pengalaman pertama aku anta anak skolah. tapi sonok gak. tak sangka dapat gak aku merasai saat2 cam neh. Syukur...

so, jom tengok gamba2 yg aku smpat snap masa kt skolah tadik...



Ini ler beg yg dorang nak sangat. sume penangan dari cite awan dania... (beg tarik)



tengok lar tuh...kakak dh mula mencebik nk hujan...adik rileks lagi kunyah biskut TIGER. (janji porut den konyang, ekau nk nangis sukati ler kakak - lebeh kureng cam tuh lar kut kata hati si adik neh)




aktiviti pertama pada hari persekolahan. mewarna gambar turtle.... lepas dpt aktiviti neh, baru lar lega sket. hujan pun dh benti ler...



tada.....inilah hasil sentuhan kreatif anak aku si kakak....




ini pulak hasil kerja si adik....












Idea tetiba

Salam,

Nama pun cetusan idea, so kalau tetiba jerk idea melintas kat benak, terus amik lap top, connect broadband n sign in blogger.com wpun jarum jam dh menujukkan kul 2 pg. sok dah lar kene kuar awal sbb anta bebudak g skol. ah! tak kisah, yg penting aku dapat menulis.

ape pandangan korang kalau partner korang jenis yg suke mengekor kemana jerk korang pegi? wpun korang nk pegi berjuang mencari sesuap nasik(koje ler tuh). aku ada kenal satu couple neh, mmg pelik bin hairan sbb dorang tak penah pisah. 24 jam berkepit. smpi naik meluat tengok dorang. yg aku felik tuh, dak gurlz tuh mmg young sgt. baru early 20's. tp yg dak man tuh, dh midle 30's tau. pun cam bebudak. smpi g keje pun duk hangkut aweksnye. pe punye org ler cam tuh... d prob is, en couples tuh seseorang yg amat rapat dan as a bus part mr hub aku. everyday, lek kije aku dengar mr hub dok membebel pasal tis matter. mybe dia pun fed up, sbb dak gurlz tuh mmg langsung tak leh berenggang. snggup tunggu dorang wat kije 5-6 jam. kekadang naik rimas sbb kejap2 dok kacau bf dia wat keje. ntah lar... sian gak dengar keluhan mr hub. but, nothing can do, cos d said person adalah some one yg ada talian ngan dia. sudahnya aku ler yg terpaksa menadah tinga tuk degar keluh kesah bersama kak esah mr hub aku tuh. org lain pun in love gak, tp tak ler seteruk depa tuh. aku harap lar, kalau kut2 nk jadik cite, said person tuh terbaca n dia terasa, harap2 ubah2 lar pangai tuh. kalau dh kemaruk sgt cam tuh, baik kawen jerk dari terus2an tak tentu arah cam tuh.

aku bukan nk kutuk, cume nk meluah rasa ketidak puasan hati mr hub terhadap said person tuh. sbb kerana lately neh performance d said person down sgt2. dtg keje lewat. blik awal. keje selalu salah buat. cincai. tak kemas. mr hub mmg tengah beraning satu badan ngan dia tuh. aku tak tahu ler kalasatu hari nnti kalau meletup gunung berapi, mau bergegar satu kl neh.

aku harap sgt, org yg dimaksudkan akan dberi petunjuk hidayah oleh Allah s.w.t supaya tidak terus2an mereng cam tuh. bukan nk menuduh, tapi kalau dh 24 jam berkepit, dorang tido kt mana? mmg dari sumber2 yg sgt dipercayai mengatakan yg daklaki tuh dh lama tak tido kat umah. kekadang dia balik tuk mandi n tukar baju. itupun bersama ngan gf kesayangan dia tuh ler... hm....rumit problem neh.

ok lar..aku nk tido., sok aku smbung g ek. jap g kalau aku lewat bgun, mmg haru biru lar.

wassalam..../