Followers

Friday, April 16, 2010

Al Fatihah..buat arwah mak norsuziliana

Hari jumaat. hari yg paling bz dalam jadual kerja aku. mane taknyer. ujung minggu coming. mesti ramai yg travel. maka org yg akan menggunakan tngo akan tambah berganda. mane nk arrange schedule bebudak technician lagi. mane nk check daily report. huh..mmg tak smpt nk wat pape pun. tengah kelam kabut menyiapkan keje, tetiba aku receive a kol from norsuziliana (x classmate merangkap jiran mak aku). dia g tau yg mak die dh meninggal dunia pukul 10 pagi. terkejut gak aku. ye lar setiap kali balik umah mak, tak penah plak aku dengar mak ckp arwah mak die (kami panggil cik kiah) tuh skit. tp dr info nor, die mmg dh 3 minggu dalam wad n koma. mgkin mak aku terlupa nk g taw aku kot. lepas berbual dn mengucapkan takziah, aku berjanji nk menziarah petang lepas aku blik keje. mulanya niat nk menziarah time lunch. tp memandangkan keje yg bertimbun, dan dh sure aku tak leh kuar, so aku teruskan niat nk melawat pada waktu petang. seperti yg dijanjikan, petang selepas kerja, aku amik anak2 dari umah bb sitter, terus gerak g umah dier. tp aku park keter kat umah mak. sbb umah die dekat ngan umah mak aku. mase smpi umah mak, die tengah sibuk kopek kerang. anak aku yg adik tuh, mmg pantang tengok kerang. sbb die suker makan n kopek kerang. pelik kan habbit dier. tp itular anak aku.

memandangkan si adik tengah sonok menolong nenek dier kopek kerang, aku dan kakak saje lar yg g umah nor. masa aku smpi, dorang adik beradik belum balik dari kubur. rupanya jenazah baru dikebumikan selepas solat asar. ye lar, hari jumaat. orang nk solat jumaat lagi... tp mulianya arwah sbb meninggal dunia pada hari jumaat. InsyaAllah...

setengah jam gak aku menunggu, baru lar nor balik dari kubur. bile nmpk jek die, aku dh mula rase sedey. tp aku kene kuat. x kan aku nk tmbahkan sedey yg dorang sefamily alami kan? aku pun terus tanya ape yg berlaku. ini cerita nor :

"mak aku mmg ada kencing manis. tapi lately neh tah kenapa die tak bleh berjalan sgt. bile berjalan lama sket, kaki die akan sakit. pas tuh kaki die selalu rase kebas2. 3 minggu lepas, die pegi berubat. hari pertama dan kedua org tuh urut kaki mak aku. tp hari ke3, katanye dia akan cuba untuk rawatan salai. lepas jek buat rawatan salai kaki, tapak kakinya macam menggelembung2 (cam kene api). lepas tu, mak aku terus demam. pada fikiran kami, mungkin sbb mak aku menanggung kesakitan akibat kaki die smpi demam. mak aku buat rawatan tuh dalam hari rabu kut. so, hari sabtu kami bawak ke hospital. sbb demam mak aku tak kebah2. smpi hospital, doc ckp keadaan die kronik. darah die dh mula ada jangkitan kuman. doc terpaksa bagi die ubat tido. sejak tuh mak aku dh tak sedar lagi. minggu lepas die kene masuk ICU. tp lepas 5 ari die di keluarkan ke wad biasa. doc dh tak bg harapan. doc kate klu jantungnya berhenti, mereka tak kan buat apa2. mase tuh kami adik beradik dh redha. adik beradik aku bergilir2 jaga die. pagi tadi, adik aku blik untuk mandi dan tukar baju dalam pukul 7 pagi. mase die tinggalkan mak aku, die okey. langsung tak dek pape. keadaan pun stabil. cume masih belum bukak mata. tetiba dalam pukul 9, kami terima kol dari hospital, mengatakan keadaan mak aku dh smakin nazak. mujurlah smpt jugak adik aku smpi sebelum die menghembuskan nafas terakhir...."

itu lar sedikit sebanyak yg smpt die ceritakan. sbb waktu pun dh lewat petang. jadik aku tak dapat borak lama ngan dier.

sedey. ape yg lebey menyedihkan, arwah mak die meninggal selepas setahun 11 hari pemergian arwah abah die. skang dorang dh jadik yatim piatu. nasib baik adik beradik sume dh besar2. adik die yg paling kecik pun dh umor 17 tahun kalau tak salah. smoga keluarga nor akan tabah menerima dugaan dan ujian Allah s.w.t untuk korang... mungkin ada hikmah di atas segalanya.

Ya Allah! Ya Tuhanku! Kau cucurilah rahmat keatas roh arwah. Semoga Roh nya ditempatkan bersama2 org2 yg solehah. Amin..... Al-Fatihah...

2 comments: