Followers

Saturday, January 29, 2011

adab menziarahi jenazah / kematian

haluuuu... as salam...

smlm menerima satu lg kematian yg berkaitan dengan kami sekeluarga. sungguhpun kami dgn arwah tidak rapat, tp hubungan kekeluargaan kami tetap ade. mmg aku tahu dah lama arwah menghidap penyakit. hampir setahun arwah menderita penyakit leukimia. mase mula2 die kena penyakit nie dulu, mmg menakutkan. mane tidaknye, setelah berbulan2 die demam dan sakit, tetiba satu ari badannya menjadi pucat seperti mayat. bile dimasukkan ke hospital, doc mengesahkan bahawa die kekurangan darah. tp dr bapa dan sanak keluarga arwah, mengatakan bahawa arwah terkena buatan org. x tahu lar mane yg betol. tp yg pasti doc mengesahkan bahawa die mengidap kanser darah end stage. sayangnya, arwah baru berusia awal 20an. masih anak dara. anak sulung dr 5 beradik. kehilangan mak sejak die masih dibangku skolah. dugaan hidup setiap org tak sama. apepun, arwah yg aku kenali mmg seorang yg sgt baik. bole dikategorikan sbg muslimah sejati. bayangkan sepanjang die sakit terlantar, die masih tidak membuka tudung dikepalanya. mgkin sebab didikan agama yg diberi oleh arwah ibunya (ustazah) manakalah bapanya seorang imam. semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org2 yg solehah. amin...

aku nk menyentuh tabiat org2 kita nie apabila menziarahi jenazah. dh lame gak aku peratikan benda nie. maklumlar 2 tahun kebelakangan ni, aku kerap menziarahi kematian yg kebanyakannya melibat ahli keluarga aku juga. mgkin sbb kebanyakan ahli keluarga aku sume dh berumur. jadi kami terpaksa bersedia menghadapi takdir Illahi dan ketentuan ini. aku perasan kebanyakan org2 yg datang menziarahi keluarga arwah si mati kebanyakannya tidak menjaga adab mereka. aku bukan lar arif sgt ttg sume benda nie. aku pun masih belajar untuk menyempurnakan diri. tp ape yg berlaku, kebanyakan org2 yg dtg berziarah, sumenye datang berbual2. apa lah salahnya, simpan lar sume cerita tuh untuk diceritakan selepas selesai pengebumian jenazah. mengapa sewaktu jenazah masih berada dirumah, mereka sanggup berbual2 kosong? perbualan yg tidak ade kene mengena langsung dengan jenazah. apalah salahnya sedekahkan surah yassin untuk arwah. atau paling tidak pun, sedekahkan al fatihah dan juga al ikhlas. itu lebey afdal. sekurang2nya bersedekahlah untuk arwah. yg aku heran tuh, org2 tua yg berperangai sebegitu. pelik bin ajaib.

erm...ntah lar... sekurang2nya aku akan jadikan iktibar segala yg berlaku. smoga aku dijauhkan dari sikap sedemikian. bersama2 lar kita jadikan segala kebaikan sebagai teladan dan keburukan sbg sempadan. smoga kita sume akan menjadi muslim dan muslimat sejati suatu ari nanti. amin...



No comments:

Post a Comment